Salam kembali. Sudah lama saya tidak mengemaskini halaman ini. Kisahnya, setelah keputusan ujian semester di Shoubra keluar , saya bersama Zuhdi, Fakhrudin, Tuan Zamri dan Zubair terus mengambil keputusan untuk bercuti di tanah air. Keghairahan bercuti di tanah air menyebabkan saya tiada masa untuk menjeguk halaman ini. Banyak program yang diatur bagi mengisi musim cuti ini.

imageSuasana di Lapangan Terbang Kaherah. Penulis tiada di dalam gambar. :)

Pertengahan Ogos, saya mendapat tawaran menyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah. Zubair, Fathan Adi dan Afif Sabawi juga antara yang berjaya dalam pemilihan. Mereka merupakan rakan seperjuangan sejak di Maahad Tahfiz lagi. Dengan kehadiran mereka dapatlah menceriakan hati ini apabila berada di perantauan. Ringkasnya, tanggal 5 Oktober baru-baru ini, kami serombongan selamat tiba di Madinah.

Jika ada kelapangan saya akan berkunjung ke Mesir. Di situlah bumi yang mengajar saya erti kesabaran. Berada di Madinah bukan bermakna tiada cabaran. Bukankah Allah akan menguji seseorang berdasarkan imannya?.

Terasa betapa banyak nikmat yang Allah kurniakan. Benarlah tidak mampu untuk saya menghitung. Terima Kasih Allah. Segala pujian hanya untuk-Mu.

* sepintas lalu mengenai kehidupan penulis.